SEJARAH SM TEKNIK KAJANG


Sejarah Sekolah

Sekolah dibuka secara rasminya pada 1 Disember 1991 dengan nama asalnya SM Vokasional Kajang.

En. Mohd Hasni Bin Mohamed merupakan pengetua pertama SMTK dan beliau dibantu oleh 33 orang guru.

Sekolah dibina khusus untuk dua bidang kemahiran iaitu bidang Automotif dan Penyejukan & Penyaman Udara untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) di samping kursus kemahiran untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Peringkat Asas, Pertengahan dan Lanjutan.
Pengambilan pelajar pertama adalah seramai 324 orang ke Tingkatan Empat pada 21 Februari 1992.

Pada akhir tahun 1996 Sekolah Menengah Vokasional Kajang telah diubah nama menjadi Sekolah Menengah Teknik Kajang.

Pada tahun 1997 seramai 111 pelajar kumpulan pertama Kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal bagi aliran teknikal memulakan pengajian di samping pelajar aliran Vokasional yang lain.

Pada tahun 2000 SM Teknik Kajang telah mula membuat pengambilan seramai 81 orang pelajar bagi Kursus Perdagangan sehinggalah sekarang.
Pada tahun 2010 SM Teknik Kajang telah mula membuat pengambilan tingkatan 4 seramai 446 orang pelajar dan pengambilan tingkatan 5 pula seramai 312 orang pelajar.